Monday, February 28, 2011

JoDoH - MeNCaRi Yg TeRLaLu SeMpUrNa

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga...


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...


Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga
ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN..
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
Serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI..
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA.. itu lebih BERMAKNA..


Share From Nadiah Mohd Sukri  & Sharul Aizad (Facebook)

Thursday, February 24, 2011

aPe ErTi KeSeTiaN??

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan anda… ^_^


Share From http://muncetcomey.blogspot.com/

Wednesday, February 9, 2011

tGok CiTe kHurAfAt GaN "TeMaN" ^_^

Cite Nie Ler aku tgok gan "Dia"
Sampai Ada org tue tkejut =p


Hye Semua..
Dah Lame aku tak on blog nie & x update..
Sowy.. bz gan study & keje..

Ops bukan itu yg aku nk cite..
Raya Cina Yg baru nie.. Nak Ucapkan "Gong Xi Fa Cai"
Kat Semua Kaum Cina.. Time tue jgak le aku cuti..
Coz nak rehat2kan badan & otak.. =p

Disebabkan Cuti aku ajk le "Dia" aku p tgok wyg..
lagi pun bosan duk umah..
antara SMS aku gan "Dia"
aku : awak jom p tgok wyg??
dia : cite ape?? kat mane??
aku : cite khurafat, times square ok??
dia : ee cite tue seram le..
aku : erk yeke?? tk seram kot..
dia : siap2 jap lg sy ambl ok.
aku : ok bye.. ^_^

Sampai2 dh dkt kul 5lbh.. tp cite tue main kul 9.50mlm..
tgok jela ape lg.. hu3.. Lame jgk le tggu..
Tp tkde le cangok kat times square tue..
P kuar makan2 dulu baru p tgok wyg.. hu3..

Tiba le saat movie bmula.. hu3 seram le gak..
Hahaha.. aku rasa nk tgelak bile "Dia" tkejut..
"MAK!!" hahaha.. 1st time babe.. aku tgok & dgr "Dia" tkejut..
mamat kat sblh "Dia" gelak jer.. ha3 baru aku tau yg "Dia" nie
ada rasa "Seram" bile tgok cite2 hantu nie.. ha3.. Klakar.. =p
Kalau tidak tue nk serius je mukenya.. ^_^

So ape lg lps nie.. aku nk ajk "Dia" tgok cite hantu je kat wayang..
Biar dia rase.. hahahaha.. Nakal Kan aku nk kena kan "Dia"..


Korg dpt bygkan tak klau mamat mcm nie tkjt cmne???
(Gambar Hiasan)



Nie ler babak yg "Dia" tkejut MAK!! bile tiba2 muke mayat tue brubah.. hahaha =p
Tp aku rasa babak nie tah pape cz ada k org sggup wat cmnie???



P/S : Pic Mamat Nie bkn "si dia".. aKu main ambil jer pic nie.. coz mmt nie cute.. hu3