Saturday, August 20, 2011

HaTi YaNg TerSeNtuH..



Entah kenapa hari ini tiba-tiba terasa nak bercakap soal hati.
Orang kata cerita hati adalah subjektif.
Mungkin, tapi perkara yang subjektif itulah yang orang suka kan?
Ini juga kisah mengenai dugaan hati.
Manusia memang selalu kalah dengan dugaan,
tidak kira besar atau kecilnya bentuk dugaan itu.
Ehh.. dugaan juga peraka subjektif kan??

Itulah manusia yang lupa diri.
Hati manusia yang mudah goyang.
kalah pada godaan wang ringgit dan nama yang dijulang.
Mungkin kerana dia lupa,
sekeping hati yang merah kerana cintanya itu pernah mengharungi pahit getir bersama
kini sedang berdarah dan menangis juga kerana cintanya goyah.
Kepada hati yang melukai itu, ingatlah kisah gembira bersama hati gebu itu,
tidak selamanya berwarna-warni indah seperti pelangi,
satu hari akan pudah juga warna ceria itu.
Manusia cepat lupa bila segala-galanya ada di depan mata.
Cepat lupa diri, cepat lupa asal-usul.
Bila lupa asal-usul, lupa diri, mula ah terjadi macam-macam.
Perangai pun pelik-pelik, hati yang dulu kuat juga mula goyang.
Kalau dulu susah sengan dihadapi bersama,
tidak kira bertapa berat pun dugaan dan betapa hebatnya rintangan,
kerana hati masih kuat perasaan masih kukuh,
semuanya sanggup diharungi.
Tapi bila saja nama dijulang, wang ringgit dalam genggaman,
hati mula goyah.

Kepada hati yang dilukai itu,
berhentilah dan jangan biarkan hati itu terus menangis,
esok lusa, cepat atau lambat,
pasti ada hati baru yang lagi ranum mahu datang mengisi dan mengubati.
Kalau dulu ada dua keping hati bersatu mesra kini tidak lagi,
hati yang satu lagi itu ditinggal dan tidak dipedulikan.
Bila nama sudah dijulang, dia lupa dan dia tinggalkan sekeping hati itu,
sebab dia sudah mula melihat ada berkeping-keping lagi hati yang mudah untuk dicapai,
hati yang lebih gebu untuk digenggam dan lebih lembut untuk dijamah.


P/S : Dipetik Dari Blog http://jejariruncing.blogspot.com/

Monday, August 15, 2011

HuMM.. HaTi Ku RaSa NaK NanGis..

Assalammualaikum..

Hummm... aku tak tahu nak mulakan mcmane.. tapi yang aku rasa skrg.. aku nk mngis jer.. dr mula aku dpt msg dr "dia" smp ler skrg.. semalam baru je lps jmp tp hr nie dh rase lain mcm.. mane taknya.. tgah msg2 gan "dia" blh plak dia ingt kat ex gf dia.. Ya Allah ms tue aku rase sedih sgt.. hati perempuan.. mane blh dgr org yang trsyg ingt2 kat gurl lain.. kdg2 aku rase dia tak pernah fhm hati perempuan.. kdg2 aku rase dia tak syg pun aku.. bg dia aku nie tk penting punr.. aku tau ktorg mmg tk spndpt tp adakah aku gan dia tk blh bhgia?? sedih sgt bile dia ckp dulu dia gan ex gf dia sekepala, serasi.. dgn aku tk serasi k??

Ya Allah mengalir air mata aku taip entry kali nie.. dia tk pnh tahu ke yg aku nie syg dia mcm mane.. (jgn ngis2..) aku dh ckp gan diri aku.. dia org yg t'akhir... ckup la sblm nie aku kecewa slma 3 thn.. Aku tak tahu knp dia still ingt lg ex gf dia.. yg aku tahu ex gf dia dh kwin.. itu yg dia bg tau aku.. tp knp klau org tue dh kawin, knp tk blh lupakan dia?? klau awk nk tau.. dia mst dh bhgia gan suami dia, anak dia.. kalau awk syg kn dia doa kan kbhgian dia wak.. awk tk nk bhgia k??

Ya Allah aku memohon padamu.. dekat dia dengaku Ya Allah.. aku rasa tak sggup hilang dia.. tapi tue ler.. kdg2 aku rase sedih bile dia ckp psl ex gf dia.. Ape patut aku buat?? Takpe ler aku akan bsbr.. sabar menanti & menunggu ape yg akan terjadi ms akan dtg..

Ok ler aku dah tak thu nk ckp ape lagi.. sedih sgt.. hati perempuan.. cepat tersentuh.. Cuma aku nak ckp, aku rasa dia perlu tahu Rahsia perempuan :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

P/S: Yang Aku Merah Kan Tue... Tue Yg kena "Dia" Tekan Kan...

Friday, August 12, 2011

Berani Mencintai, Berani Menikah

Jika Anda Berani Mencintai, Anda Juga Harus Berani Menikahi..”

♥ Sedar atau tidak, selama ini kita mudah untuk saling mencintai.. Namun kita sendiri tak berani untuk mengambil langkah yang pasti kan?

♥ Berbeza dengan sepasang kasut yang hanya mempunyai aspek dari segi kiri dan kanan, berkahwin merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita. Dari segi anatomi sahaja sudah tidak sebangun, apatah lagi urusan jiwa dan hatinya. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah  jaminan segalanya akan lancar..

♥ Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa. Mengapa? Kerana berkahwin adalah proses pendewasaan. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya.

♥ Kedengaran  indah, tetapi kenyataannya? Haruslah ada ‘komunikasi dua arah’, ‘ada kerelaan mendengar kritikan’, ‘ada keikhlasan meminta maaf’, ‘ada ketulusan melupakan kesalahan‘ dan ‘keberanian untuk mengemukakan pendapat’.

♥ Sekali lagi, apakah sudah selesai sampai disini sahaja dalam hal cinta-mencintai kemudian putus di tengah jalan begitu sahaja? Tidak, jangan buat begitu..

♥ Ketika kita memutuskan untuk mencintai, kita harus bersiap-sedia memasuki pintu gerbang cinta yang sebenarnya. Ya, gerbang itu bernama PERNIKAHAN. Pernikahan bukanlah upacara memakai gaun pengantin ala ‘cinderella’, apatah lagi rangkaian kenderaan tetamu jemputan yang mensesakkan jalan.

♥ BERKAHWIN adalah satu sikap dan tindakan yang berani untuk memutuskan berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiaran yang gemerlap memanggil-manggil..

♥ BERKAHWIN adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan, dimana mereka akan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.

♥ MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri mahupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita boleh memahami orang lain?  Tanpa boleh memerhatikan diri sendiri, bagaimana kita boleh memerhatikan pasangan hidup?

♥ PERKAHWINAN sangat memerlukan keberanian tinggi, toleransi sedalam samudera, serta jiwa besar untuk ‘menerima’ apa yang ada dan apa adanya.

♥•♥ Jika Anda Berani Mencintai ♥•♥
♥•♥ Anda Harus Berani Menikahi ♥•♥
♥•♥ Khususnya Kepada Kaum Lelaki ♥•♥
♥•♥ Jangan Hanya Pandai Menabur Janji ♥•♥
♥•♥ Di Sana dan Sini Banyak Terluka ♥•♥
♥•♥ Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati ♥•♥

Siapa yang berani mencintai, maka dia harus bersedia untuk menikahi..
Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasulullah SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya! Kerana kata Baginda, tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka   yang menikah untuk memelihara kesucian diri, hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah. ~ (HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)

Monday, August 8, 2011

TaRaaa... ^_^

Assalammualaikum...

Hai semua.. sory aku sgt2 ler busy skrg nie gan stdy & keje so lambat ler aku nk update aku punya blog nie..
kadang2 sampai naik sarang labah2 lappy aku nie.. (boleh caya ke??).. mesti tertunggu2 kan korang nak tahu hadiah ape yg dia bagi kat aku.. kan kan kan.. (perasan ler tue).. hadiah yang dia bg kat aku amat2 ler aku hargai.. huhuhu awak thanks sekali lagi.. (walaupun dh dkt sbln dia bg kat aku).. huhu senyum dulu sampai ketelinga ^_____^.

Hadiah 1st dia kasi kat aku....


Dia bagi jam nie coz dia suruh aku hargai masa... (erk!! pandai2 je aku). Tak pun dia bagi jam nie coz setiap kali aku tengok jam tue..konon2 teringat kat dia ler kot.. hu3.. (cik iena oi jgn nk perasan yer) :p


Beli hasil titik peluh aku...


sebenarnya dia ckp jam aku yg kat atas nie dh tk sesuai aku pakai dah.. padahal tk smp setahun lg kot aku pakai.. beli hasil titik peluh sendiri pulak tue.. hehehehe... pegi beli dgn dia jgk tue.. myb dia rasa mcm kanak2 rebena kot aku pakai jam nie... aku bukan tk nk beli jam besi cz aku elegic skt gan besi nie.. tp bile pakai jam p'berian dia ok plak.. (hai tangan ko pun pandai pilih tuan yer??) huhuhu :p

Hadiah kedua pemberian si dia...

Wat baju raya o tunang nie yunk??

Wat baju raya ler.. tak kan baju tunang kot.. tp ape salahnya klau wat baju tunang... (amin.. moga ada jodoh)...Si dia sibuk tanya nak wat baju ape??.. nanti dah siap sy kasi tengok yer.. nasib baek ada org nk time tempahan lagi.. klau tak after raya ler sy wat baju... hu3..

Di kesempatan ini.. saya ingin mengucapkan thanks.. sgt2 kat awk.. (mcm nk ucap ucapan raya jer)... hehehe... ok ler aku pun dah nak kuar dr blog aku nie... klau ada citer baru aku akan story mory kat korang yer.. tue pun klau aku tk bz.. Ok... Bye....