Monday, August 15, 2011

HuMM.. HaTi Ku RaSa NaK NanGis..

Assalammualaikum..

Hummm... aku tak tahu nak mulakan mcmane.. tapi yang aku rasa skrg.. aku nk mngis jer.. dr mula aku dpt msg dr "dia" smp ler skrg.. semalam baru je lps jmp tp hr nie dh rase lain mcm.. mane taknya.. tgah msg2 gan "dia" blh plak dia ingt kat ex gf dia.. Ya Allah ms tue aku rase sedih sgt.. hati perempuan.. mane blh dgr org yang trsyg ingt2 kat gurl lain.. kdg2 aku rase dia tak pernah fhm hati perempuan.. kdg2 aku rase dia tak syg pun aku.. bg dia aku nie tk penting punr.. aku tau ktorg mmg tk spndpt tp adakah aku gan dia tk blh bhgia?? sedih sgt bile dia ckp dulu dia gan ex gf dia sekepala, serasi.. dgn aku tk serasi k??

Ya Allah mengalir air mata aku taip entry kali nie.. dia tk pnh tahu ke yg aku nie syg dia mcm mane.. (jgn ngis2..) aku dh ckp gan diri aku.. dia org yg t'akhir... ckup la sblm nie aku kecewa slma 3 thn.. Aku tak tahu knp dia still ingt lg ex gf dia.. yg aku tahu ex gf dia dh kwin.. itu yg dia bg tau aku.. tp knp klau org tue dh kawin, knp tk blh lupakan dia?? klau awk nk tau.. dia mst dh bhgia gan suami dia, anak dia.. kalau awk syg kn dia doa kan kbhgian dia wak.. awk tk nk bhgia k??

Ya Allah aku memohon padamu.. dekat dia dengaku Ya Allah.. aku rasa tak sggup hilang dia.. tapi tue ler.. kdg2 aku rase sedih bile dia ckp psl ex gf dia.. Ape patut aku buat?? Takpe ler aku akan bsbr.. sabar menanti & menunggu ape yg akan terjadi ms akan dtg..

Ok ler aku dah tak thu nk ckp ape lagi.. sedih sgt.. hati perempuan.. cepat tersentuh.. Cuma aku nak ckp, aku rasa dia perlu tahu Rahsia perempuan :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

P/S: Yang Aku Merah Kan Tue... Tue Yg kena "Dia" Tekan Kan...

3 comments:

  1. salam..emm..awk,maaf ye..sy terbaca entry awk ni,tersentuh plak sy baca..sy rasa awk nasihatkan dia cakap yg dia(ex-gf) dah bahagia dgn suami dia..jangan igt kisah yang dah lepas..ape yang jadi tu kan semua takdir kita..kan..
    emm sy suka sgt ngan rahsia pmpuan yg awk post ni
    "21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!"
    tabahkan hati ye..dia sayangkan awk..sabar k.. ^_^
    neway..selamat berkenalan..

    ReplyDelete
  2. wlaikmslm... thank mimie.. dia tk psti dgn syg sy kat dia.. cz dia still ingt first love dia dgn ex gf dia.. kdg2 dia main trik tali dgn sy..tsentuh jgk hati sy... mgkin ambl msa dia nk lupa kan ex gf dia.. sy cuma k kuat & sbr.. ape pun thanks.. & salam perkenalan =)

    ReplyDelete
  3. takpe..setiap manusia memang susah nak lupakan cinta pertama dia..cuma bagi dia masa..saya pun pernah berada di tempat yang sama..tapi lama² alhamdulillah,sy dapat lupakan sikit²..**cececeh..macam profesional sgt je aku ni hahaha..sori taw fariena..

    ReplyDelete