Saturday, August 20, 2011

HaTi YaNg TerSeNtuH..



Entah kenapa hari ini tiba-tiba terasa nak bercakap soal hati.
Orang kata cerita hati adalah subjektif.
Mungkin, tapi perkara yang subjektif itulah yang orang suka kan?
Ini juga kisah mengenai dugaan hati.
Manusia memang selalu kalah dengan dugaan,
tidak kira besar atau kecilnya bentuk dugaan itu.
Ehh.. dugaan juga peraka subjektif kan??

Itulah manusia yang lupa diri.
Hati manusia yang mudah goyang.
kalah pada godaan wang ringgit dan nama yang dijulang.
Mungkin kerana dia lupa,
sekeping hati yang merah kerana cintanya itu pernah mengharungi pahit getir bersama
kini sedang berdarah dan menangis juga kerana cintanya goyah.
Kepada hati yang melukai itu, ingatlah kisah gembira bersama hati gebu itu,
tidak selamanya berwarna-warni indah seperti pelangi,
satu hari akan pudah juga warna ceria itu.
Manusia cepat lupa bila segala-galanya ada di depan mata.
Cepat lupa diri, cepat lupa asal-usul.
Bila lupa asal-usul, lupa diri, mula ah terjadi macam-macam.
Perangai pun pelik-pelik, hati yang dulu kuat juga mula goyang.
Kalau dulu susah sengan dihadapi bersama,
tidak kira bertapa berat pun dugaan dan betapa hebatnya rintangan,
kerana hati masih kuat perasaan masih kukuh,
semuanya sanggup diharungi.
Tapi bila saja nama dijulang, wang ringgit dalam genggaman,
hati mula goyah.

Kepada hati yang dilukai itu,
berhentilah dan jangan biarkan hati itu terus menangis,
esok lusa, cepat atau lambat,
pasti ada hati baru yang lagi ranum mahu datang mengisi dan mengubati.
Kalau dulu ada dua keping hati bersatu mesra kini tidak lagi,
hati yang satu lagi itu ditinggal dan tidak dipedulikan.
Bila nama sudah dijulang, dia lupa dan dia tinggalkan sekeping hati itu,
sebab dia sudah mula melihat ada berkeping-keping lagi hati yang mudah untuk dicapai,
hati yang lebih gebu untuk digenggam dan lebih lembut untuk dijamah.


P/S : Dipetik Dari Blog http://jejariruncing.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment