Wednesday, November 30, 2011

KaHWiN!

Seronoknya bile dgr bab-bab kahwin nie gatal ye ko!  ^_^. Sepanjang minggu tgah cuti study nie member-member yg melangsungka perkahwinan, aku gie ler majlis dorg.. Seronok tgok dorg jadi raja sehari dengan pasangan yang disayangi.. Sambil tue dapat ler jmp kawan2 yang dah lama tak jmp.. kawan zaman skola dulu... Tapi yang tak sronoknya member-member asyik tny soalan cepu mas.. "Ko bile lg??" Aduhai pening nak mnjawab..

Bukan xnak kawin ler, takde org nk masuk minang aku cmne nak kawin.. Waaaa... Sedihnya... ::Sob.... Sob.... :'(  Hehehe nmpk sgt ko tipu farina. Tapi knyataan mmg ye pun... Jodoh pertemuan semua ditangan Allah yang maha berkuasa.. Kita sebagai hambaNya, hanya mampu merancang dh berusaha jer.. rite???
Tapi jgn ler sampai kita tunggu jodoh tue turun dari langit, xkan turun2 punya ler, jodoh nie same jer mcm kita cari rezki.. dia tk dtg bergolek mcm tue jgk rezki kan.. klau kita tk cr tkde ler dtg rezki kan???.

Kadang-kadang terasa diri jgk & jelous dgn kawan2 yg dh dirikan rumah tangga.. kadang-kadang tertanya2 jgk bile ler hari aku plak ye?? huhu tkpe just ignore jer.. One day nti akan tiba msanya.. tp bile tue tk thu ler yer.. huhuhu.. Ok dari korg layan aku tah pape nie.. di bawah nie aku sajikan picture-picture member2 aku zaman skola yg aku g ms majlis dorg, tapi ada jgk yg aku tak pegi.. cz ms tggu mggu exam.. Huhu..

Jom Saksikan!!!



Majlis Pertunangan
Fadz & Beduz
* Dorg nie bercinta ms kat poli dulu, beduz senior ktorg bdk letrik..






Meor & Wanie
*Nie time nikah.. Meor kawan skola mengah aku..
Simple jer kan??






Ha! yang nie ms majlis persandingan dorg..
Aku tk dtg cz nie majlis pihak gurl..
Wanie nie 1 skola rendah dgn meor..
Dah jodoh walaupun dorg skjp jer cple..
& tak silap aku dorg nie nikah 20.11.11 rasenya..
24.12.2011 Majlis kat rumah meor plak..




Aida & Nasri
*Ms majlis nikah..
Aku tkde ms nie cz keje..
dorg nikah 26.11.2011
sama dgn tarikh saadah nikah...






 After dah bergelar suami & isteri..
*Aida nie mbr aku ms skola rendah dulu..






Aida & Meey
Dua2 kawan skola aku..
Sgt rpt dgn meey sms dlm klb olahraga..
*Meey gah tunggu hari jer ms nie..
Comel jer ibu mgandung nie.. ^_^







Aida & Aku
*Pssstt.. Yg Baju purple bile lg?? :p






Saadah
*ms nikah...
Dia nie satu skola men gan aku & satu office gan aku..
Majlis dia nie sama tarikh dgn mjlis aida..





Aizad & Adah..
*Nie ms malam berinai. Cantikan?? Merah mak ngah.. hehehe..
Dorg nie berkenalan dlm FB.. kiranya cinta muka buku la nie..
Tp sbnrnya ijad nie satu skola dgn ktorg jgk dr form 1-3
lps tue dia gie teknik..
Yg herannya..
Adah xthu pun yg ijad nie prnh satu skola dgn dia.. hu3..
Sweetkan..

Minggu nie 4/11/2011
Majlis rumah ijad jgk.. Aku bakal tiba.. Huhu...





Nie ler antar picture2 mbr aku yg dpt di upload dlm blog aku nie atas kerjsama dorg.. ape2 pun aku nk ucapkan.. selamat pengantin baru.. moga kekalkan hingga ke akhir hayat.. aku sbgai sahabat sntiasa mendoakan smoga memperolehi kebahagiaan selamanya iaitu dunia akhirat dan mendapat zuriat yang soleh & solehah.. Amin... ^_^

Byeee..... ^_^


Sunday, November 27, 2011

Muatan Awas Panjang..

Uit mesti korg pelik kan why tjk entry aku mcm nie.. (tah pape tah..). Tajuk entry nie aku dpt ms aku otw nk gie ambil exam tuk paper law (sgt ssh paper nie).. Dlm fikiran sbnrnya dh byk bnda yg aku duk hafal sbb paper nie sgt2 ler ssh...

Tengah2 dok mghafal & sambil drive otw g poli, smpai satu traffic light n lmpu pun merah aku ape lg brnti ler.. patuhi peraturan eceh ceh ceh.. (pemandu bhemah tk lggr lmpu merah ^_^ ). Kete aku cantik blkg satu lori.. nak tahu ape yg aku nmpk kat lori tue??



TARAA!!!!


Cuba korang tgok kat papan
blkg lori tue ape dia tulis???

MUATAN AWAS PANJANG....


Aku ktawa ler jgk bile aku tgok ayat kat blkg lori tue.. tak blh ktawa byk2 sgt nti ape yg dok hafal hilang plak... so ape lg aku snap ler pic nie.. drive lori kat blkg kete aku dok ttinjau2 ape yg aku wat (mst dia gah fikir ape kehal ler awek kat dpn nie snap pic lori tue??) hahahaha...




♥•♥Jangan Takut Kahwin Awal♥•♥

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
"Seganlah. Nanti orang kata apa."
"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

- Artikel iluvislam.com

Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan atau option yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.

* : Bagi aku seru nak kawin tue dh ada, tp blm ada yg nk msk mminang.. :S

Saturday, November 26, 2011

Yahoo!! Exam Dah Habis...

Yahoo... Exam dah hbs.. Alhamdullilah exam aku baru jer selesai hari khamis baru nie (26/11/2011). So after nie blh ler enjoy weekends smtara gah cuti nie kan.. Bagi kawan2 yg kawin dlm wktu aku bcuti nie blh ler aku g.. cz dh lame jgk tk jmp kawan2 skola.. hu3.. almaklum ler aku nie busy bebenor..

Planning tue ada jgk tuk bcuti.. mcm2 tmpt bcuti ada dlm fikiran aku skrg.. kena la manfaat kan weekends smtara tgh cuti stdy nie kan.. klau tak sbtu n ahd pun aku busy.. hu3.. klau cuti tk di manfaat kan so boring duk umh jer.. hu3.. hue3..


YAHOO!!!



Macam nie ler rasenya
btpa happynya aku.. ^_^




Friday, November 18, 2011

Invest Oh Invest...

Alhamdulilah selesai sudah paper aku tuk subjek invest... cuak jugak mula2 coz senior2 sebelum nie ada jgk ckp subjek tue ssh.. n di sebabkn tuela ramai jugak yg repeat paper tue.. ada ler dekat 16 org.. yang ambil 2 kali pun ramai jgk.. aku plk baru ambil 1st time so agk tkt jgk ler bile dorg ckp paper nie ssh sgt..

Alhamdulilah bagi aku paper nie tk ler ssh mane klau kt btul2 faham.. eceh2 macam bgus je aku nie..  Masa exam tue semua aku boleh jawab.. kira-kira o lisan.. PB (penilaian b'terusan) pun alhamdullilah ok.. tp jgn ler over comfident walaupun PB dah ok. harap lulus ler tp tk nk ler lulus jer nk jgk dpt yg kptsn yg terbaik.

Ok ler rabu nie aku ada paper commercial law & khamis plak ada paper kewangan perakuanan.. harap2 semuanya ok dan memperolehi keputasan yang cermerlang.. amin..  Daa...

Nak tau mood aku sekarang mcmne??
Ha sila tgok pic di bawah nie...

Sila abaikan muka aku yg penuh kusyuk itu..
Eceh ceh ceh... =p

Monday, November 14, 2011

Exam!!

Assalammualaikum..
Dah lame aku tak post aku punya entry.. yela mane tak nye tkde masa.. (yela tue..) Mane taknya kadang2 terfikir jgk nak update ape yer?? Huhuhu tak kan nk merapu tak tentu pasal kan.. Ok ler berbalik pada tajuk asal, rabu 16hb nie aku akan menduduki final exam tuk sem nie.. Kepala aku dah berserabut aku rase tp nasib baik ler tak banyak paper yg aku ambil.. kalau banyak mak ai rase boleh pecah kepala aku rase. nampak sgt tipu.. ada ke orang berserabut blh pecah kepala hehehhe...

Harap2 semua ok ler le.. aku akan wat yg terbaek.. tak nak main2 dah.. memang dh tp blh main2 cz dh dekat sgt dh finalnya :p dan harap sgt semuanya berjalan dgn lancar.. amin..
ok ler aku pun dh tak tahu nak merapu ape lg.. n nak sambung stdy aku nie.. yeke stdy??

BYEEE.....